This nice Blogger theme is compatible with various major web browsers. You can put a little personal info or a welcome message of your blog here. Go to "Edit HTML" tab to change this text.
RSS

SELAMAT DATANG KE LAMAN ZANNIE

Sumber http://www.zuarxpdc.com/2009/11/cara-membuat-title-bar-untuk-blog.html#ixzz1QekctBjE

Tuesday 7 June 2011

satu murid satu sukan

   Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran Malaysia telah menyusulkan ' Satu Murid Satu Sukan ' kepada setiap murid bagi mempertingkatkan mutu sukan di negara kita Malaysia.Dasar ini sememangnya baik untuk pelajar kita lebih aktif untuk menglibatkan diri dengan kegiatan sukan.Kebanyakan kanak-kanak di negara kita kini tidak terdedah dengan pelbagai jenis permainan atau sukan yang terdapat di negara kita kerana mereka lebih suka bermain dengan alat-alat elektronik seperti permainan komputer.
    Satu Murid Satu Sukan merupakan satu alternatif untuk meminta pelajar atau kanak-kanak di negara kita ini dapat menceburikan diri dengan aktiviti sukan melalui aktiviti ko-kurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Tetapi pada pendapat saya, dasar ini sesuai diperkenalkan kepada peringkat remaja kerana pada peringkat ini,mereka boleh memberikan penumpuan yang lebih untuk memahirkan diri dan mempertingkatkan kemahiran sesuatu bidang sukan.
    Pada peringkat kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah,mereka lebih sesuai didedahkan dengan pelbagai jenis sukan kerana mereka boleh memilih atau menyesuaikan diri dengan bidang sukan yang lebih mereka gemari atau minat.Apabila minat terhadap sesuatu sukan itu,secara automatik ia akan cuba untuk memahirkan diri untuk menguasai sukan itu.
    Pada peringkat kanak-kanak merupakan peringkat yang penting untuk memperkenalkan pelbagai jenis kemahiran sukan seperti melontar,membaling,melompat,berlari kerana kemahiran-kemahiran ini merupakan kemahiran asas sesuatu sukan tidak kira apa jenis sukan sama ada sukan individu atau berkumpulan.Peranan ini bukan hanya dimainkan oleh guru tetapi juga ibubapa untuk memperkenalkan anak-anak mereka dengan pelbagai jenis sukan atau menglibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti sukan.Apakah pendapat anda tentang dasar ini ?
   

2 comments:

Mohammad Saidi said...

saranan yang menarik,harap dengan kempen ini dapat membudayakan sukan dalam kehidupan anak-anak Malaysia bermula dengan usia yang muda..Majulah sukan untuk negara

anwar said...

Memang berbaloi jika dasar ini dilaksanakan di sekolah untuk meningkatkan mutu sukan malaysia

Post a Comment