This nice Blogger theme is compatible with various major web browsers. You can put a little personal info or a welcome message of your blog here. Go to "Edit HTML" tab to change this text.
RSS

SELAMAT DATANG KE LAMAN ZANNIE

Sumber http://www.zuarxpdc.com/2009/11/cara-membuat-title-bar-untuk-blog.html#ixzz1QekctBjE

Wednesday 29 June 2011

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia

      Dijangka 3 juta pelajar dan guru akan menyertai Larian 1 murid 1 sukan 1 Malaysia yang akan diadakan serentak seluruh Malaysia pada 02hb Julai 2011 bersamaan hari Sabtu ini.Larian ini diadakan sempena pelancaran Dasar 1 murid 1 sukan.Larian ini juga  memupuk semangat murid untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan sambil menyihatkan tubuh badan dan secara tidak langsung memupuk budaya suka bersukan di kalangan pelajar dan masyarakat Malaysia umumnya bagi mengatasi beberapa masalah yang timbul kini disebabkan masyarakat di negara kita kini kurang mementingkan kesihatan tubuh badan sehingga golongan muda atau generasi muda kita menghadapi obesiti , kencing manis, sakit buah pinggang di usia yang muda lagi.

     Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, Larian 1Murid 1Sukan 1 Malaysia ini akan mencipta satu rekod The Malaysia Book Of Records bagi kategori penyertaan terbesar pelajar sekolah dalam acara larian. Larian ini akan diadakan serentak di seluruh Malaysia dan berkemungkinan Timbalan Perdana Menteri dan selaku Menteri Pelajaran Malaysian Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertai larian ini juga di peringkat kebangsaan di Taiping.

    Diharapkan Dasar 1 Murid 1Sukan yang bakal dilancarkan di peringkat sekolah akan memberikan kesedaran kepada masyarakat Malaysia khususnya golongan muda kita agar mengambil berat tentang kepentingan bersukan dan aktiviti fizikal.Jadikan aktiviti bersenam di waktu pagi dan petang sebagai satu aktiviti rutin yang harus ada pada setiap hari dan masukkan aktiviti ini di dalam jadual kehidupan kita kerana manafaat yang kita dapat daripadanya memberikan kita peluang untuk menghargai kehidupan kita sebagai insan yang kerdil di muka bumi ciptaan Tuhan.


0 comments:

Post a Comment